Medic juarai SUFA USIM

19/04/2010 00:00

Oleh: Norjumiah Mardi

NILAI – Larian berganti-ganti adalah sukan kemuncak SUFA USIM yang telah berlangsung pada 21 Mac 2010 sempena majlis penutupan USIM yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Dato’ Asin bin Dollah bertempat di Pusat Sukan, Pavilion. Kemenangan ternyata berpihak kepada fakulti Medic kerana menjadi johan SUFA USIM kali ini dengan membawa pulang piala pusingan yang selama ini di pegang oleh FSU selama dua tahun berturut-turut.

Menurut Muhammad Nazim bin Uzir, 22, urusetia unit sukan dan reksriasi, FSU kalah dalam SUFA kali ini kerana kurang penyertaan dalam acara larian berganti-ganti ini. “Medic memang biasa menang dalam acara larian berganti-ganti 7 x 400 meter ini,” tambah beliau lagi.

Menurut ketua USRP Mohamad Rafiudin, 22, FKP, berkata, “ SUFA kali ini sebenarnya di jadualkan bermula awal Januari hingga Mac namun di atas masalah-masalah tertentu yang berlaku, SUFA terpaksa disingkatkan tempoh perjalanannya bermula 8 Mac 2010 hingga 21 Mac 2010.” Tambah beliau lagi, antara pihak yang terlibat dalam SUFA kali ini adalah peserta-peserta MASUM dan urusetia USRP dibantu oleh Pusat Sukan USIM. Objektif SUFA ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili USIM dalam sukan MASUM. Setiap fakulti akan menghantar wakil peserta dalam acara sukan SUFA. Walaupun terdapat kekangan dalam mengadakan SUFA pada tahun ini, namun SUFA masih dapat berjalan dengan lancar.

 

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.